Adakah Nama itu Mempunyai Akibat?

Sebahagian kecil, dari golongan manusia mengatakan bahawa nama tidak mempunyai sebab ataupun akibat apapun. Tetapi kebanyakan orang mengatakan bahawa nama itu mempunyai akibat sampingan. Mereka mengatakan tiap-tiap yang dinamakan itu dari namanya itulah nasib.

Seperti halnya Kholid bin Safwan bin al-Ahtam Attamimi pernah ditanya oleh seorang bangsa Quraish tentang namanya, kemudian Kholid memberitahukan namanya, lalu kata seorang Quraish; Sesungguhnya namamu itu adalah dusta, sebab tidak ada seorangpun di dunia ini yang kekal dan sesungguhnya bapakmu adalah ibarat batu yang jauh dari titisan air dan datukmu adalah gugur gigi hadapannya. Yakni kata-kata hinaan buat Kholid.

Demikian juga banyak terjadi di Malaysia seorang anak yang dilahirkan dalam keadaan sihat tetapi apabila orang tuanya memberikan nama pada anaknya, tidak lama kemudian terjadi perubahan pada anak tersebut. Contoh: bila tiba waktu malam si anak tidak mahu tidur. Akhirnya anak tersebut jadi kurus dan jatuh sakit. Bila orang tuanya membawa pada doktor, doktor memberitahu bahawa anak ini tidak sakit.

Hari demi hari, kedua ibu bapa bertambah cemas bila melihat keadaan anaknya. Kemudian mereka membawa pada seorang ulama untuk menanyakan tentang anaknya.

Kata ulama pada kedua orang tuanya: "Apa nama anak ini?" Jawab kedua orang tua itu: Wannahar yang bermaksud 'demi waktu siang'. Lalu ulama itu berkata: "Ganti nama anak itu dengan nama yang baik. Sesungguhnya anak ini tidak sakit; hanya namanya saja yang tidak sesuai. Akhirnya nama anaknya diganti dan tidak lama kemudian anak tersebut sihat sebagaimana biasanya. Dari cerita tersebut cukup jelas bahawa nama itu mempunyai akibat. Oleh sebab itu berilah pada anak dengan nama yang baik


Sumber: Ust. Saidin Arrusi

0 comments: